Thursday, September 25, 2008

I have safely arrived in Malaysia at 4 am on Monday morning. Had been busy with 'tugas-tugas surirumah' that I had no chance to get online to update this blog. Anyhow, went to MidValley last few days and had Yoshinoya's Chicken Udon for Iftar. Simpy yummylicious. Still had a long way to go to complete every single wish written in my wishlists. Next would be Shogun buffet at Sunway Pyramid this coming weekend. Gotta sign off, am going to buy Big Apple Donuts for Iftar. KL is simply awesome with super cheap yummy foods. Til then, have fun people!

Sunday, September 21, 2008

Ketika tulisan ini dipaparkan di skrin komputer anda, saya telah selamat berada di dalam pesawat di awangan menuju pulang ke tanahair tercinta. Setelah dua tahun beraya di perantauan, tahun ini saya berpeluang untuk sama-sama meraikan Lebaran yang bakal tiba bersama orang-orang tersayang di Malaysia. Aidilfitri ini juga bakal membuka lembaran baru dalam kehidupan saya.

Harap semua urusan dipermudahkan dan saya pulang kembali ke bumi kangaroo dengan penuh semangat juang untuk menghabiskan kerja tertangguh dan tertunggak sepanjang pemergian saya pulang kepangkuan yang tercinta. I need to recharge and I need my energy bar. And now I am on my way, couldn't hardly wait to be reunited with those I miss terribly.

Hope everything went well. InsyaAllah. Happy Eid 2008 people!

Saturday, September 20, 2008

Tagged by cewek kekasih gelap. Here it goes..

Name 5 people you can think of right off the top of your head. Don't read the questionnaire underneath until you write the names of all 5 people. This is a lot funnier if you write the names randomly. No Cheating!!

no 1 : si kucing
no 2 : man tipu
no 3 : aie gay
no 4 : bajan
no 5 : sarah


Question 1 : How do you meet 1?
di sebuah kolej matrikulasi di utara tanahair yang sangat heaven kerana makanannya murah dan sedap amat.

Question 2 : On the Scale of 1 - 10, how you rate your relationship with no 1??
takde rate sesuai la. infinity boleh?

Question 3 : How long have you known number 4?
ada kot dalam 7-8 tahun.

Question 4 : How do you know number 3?
beliau adalah makhluk tuhan yang paling dibenci semasa sekolah dulu. almost 10 years++ dah kenal beliau.

Question 5 : How do you know number 5 ?
beliau adalah pasangan lesbo ponteng kelas di zaman sekolah dulu. juga telah dikenali almost 10++ years.

Question 6 : A Fact about number 1?
seorang pemain game tegar. bercita-cita menjadi full time gamer. motto hidup beliau: I don't need to "GET A LIFE". I'm a gamer. I have lots of lives.

Question 7 : Who is no 4 going out with?
beliau sangat banyak stok simpanan. sesuai dengan nama diberikan. used to date awek toreh-toreh, sekarang tak tau sape pulak mangsa beliau seterusnya. hohoho.

Question 9 : Would you live with number 3?
hahahahahaha. habis la asyik berjamming in the bathroom je nanti. dan jugak mungkin akan menjadi gila dalam masa yang singkat. it's a big NO-NO darling.

Question 10 : What do you like about no 2?
walaupun dia suka tipu dan he's a cheapskate (baca: more to kedeks sebenarnya), he is totally charming, sangat menjaga solat dan sangat taat pada ibunya. dan sangat caring jugak.

Question 11 : Do you miss number 5?
rindu banget. bila entah mau lepak bersama lagi. dia sekarang jauh di scotland sudah. huhu.

Question 12 : Would you make out with number 4?
ewwwwwwww. macam nak muntah hijau laju-laju. sumbang mahram okeis? mana bleh.

Question 13 : What is your opinion of number 2?
he'll be a good husband to his loving gf in a 5 years time, insyaAllah. maybe dah ada sorang anak pun masa tu.

Question 14 : What is your fave memory with number 5?
naik lrt penuh sesak sampai ke bukit jalil, tengok jaafar onn buat demo masak dalam hujan renyai, kantoikan awek nak pi tengok konsert siti, siap pakai seluar baru tak cabut price tag dalam lrt, banyak lagi malas nak tulis je tapi.

Question 15 : What would you do if number 1 going out with number 2?
uiks. tak bleh. conflict nanti. perbezaan identiti dan minat dan cara berfikir. conflict of interest mungkin.

Question 16 : ever had a long conversation with number 5?
selalu dulu-dulu. sekarang macam busy dan terpisah jauh jadi contact melalui YM kadangkala.

Question 17 : have you ever slept at number 2's house?
nak suruh mak dia penggal kepala?

Question 18 : Do you hang out with number 3 often?
kalau ada kat malaysia, sudah tentu la. tapi dulu2 masa zaman dia single mingle. sekarang mungkin tidak kot. sudah tentu dia berkomitmen dan bertanggungjawab menggembirakan pasangannya. sebaiknya tidak diganggu selalu.

Question 19 : Who do you known the longest?
Sarah dan Aie, sebab sekelas masa sekolah dulu.

Question 20 : How often do you talk to number 1?
Almost everyday, unless dia pengsan atau saya tidur awal.

Question 21 : What about number 2?
Sangat jarang sejak dia kerja dan tamat belajar.

Question 22 : Have you ever thought 3 more than a friend?
ewwwwwwwwww. tak. sumbang mahram nanti. nuff said.

Question 23 : Maybe you want to go out for a date with number 5?
harus! date kelesboan pastinya.

Question 24 : Do you dream about number 2?
mimpi ngarut2 ada la. tapi takde sebarang unsur erotis. harap maklum.

Question 25 : What did number 4 did to you that you never forget?
muncul secara tiba-tiba di kolej masa buat degree dulu. dah hampir tengah malam tapi. semata-mata sebab aku tepon nangis-nangis, terus je muncul. owh terharu. pastu bawak aku pi keluar makan. dia belanja. lagi terharu. hoho.

Question 26 : What have you done to number 1 that he never forget?
banyak. ugut nak tinggal pi kawen dengan orang lain, tapi tak buat jugak. pi curik rokok dia pastu dah kantoi tamau pulang balik. tapi dia lupa dah kot. apa yang dia takkan lupa? tatau la, kena pi tanya dia sendiri.

Question 27 : What is number 3's hobby?
harusla sekarang ni berpeleseran bersama pasangannya. dulu dia suka main game, sekarang tatau dia suka main apa. uiks. macam aneh jawapan ni. sila abaikan.

Question 28 : Who do u want to tag?
cik meanie mean (sila update blog), cik inah, cik zati dy.. sume product adelaide. hehe
Situasi I
Leha bertembung Usop, kawan sekolah rendah berbelas tahun dulu di sebuah pasaraya.
Usop: Hai, awak ni Leha kan? Kenal tak saya, Usop?
Leha: Eh, Usop. Lama tak jumpa kan?
Usop: Tu la. Eh, dah berapa orang hero dengan heroin?
Leha: Ha? Apa awak cakap ni?
Usop: Eh, bukan awak dah kahwin ke?
Leha: Bila masa pulak saya kahwin?
Usop: Rasanya ada kawan bagitau, tengok awak letak gambar kahwin kat Friendster.
Leha: Bila masa pulak saya letak gambar kahwin? Saya single lagi la.
Usop: Owh, mungkin salah orang. Sori ye?
Leha: Hurm, apa-apa je la.
Usop: So, awak belum kahwin la ni? (dalam hati: ada peluang la aku nampaknya)

Situasi II
Minah berborak melalui YM bersama Mamat, rakan yang sudah lama menyepikan diri sejak tamat SPM dulu.
Minah: siapa lagi kawan sekolah dulu yang awak contact?
Mamat: leman, saad, joyah, kiah. ada lagi, tapi tu je yang selalu contact tanya khabar.
Minah: leman yang skema tu ke? dia watpe je sekarang ni?
Mamat: dia dah kerja dekat syarikat gergasi XYZ, gaji pun lumayan.
Minah: dah rezeki dia la tu kan?
Mamat: awak pergi la tackle dia, dia single lagi.
Minah: eh, kenapa pulak tiba-tiba saya nak tackle dia?
Mamat: kenapa? awak dah ada boyfriend ke?
Minah: bukan, saya pun single jugak la. tapi pelik la tetiba je nak tackle dia, contact pun tak.
Mamat: saja je saya cakap camtu. (dalam hati: single ni, ada chance la aku ngorat dia)

Situasi III
Bapa Pah seorang pesara guru yang mengajar di sebuah sekolah di pinggir kota di mana Ali merupakan salah seorang muridnya dulu. Ali menghubungi Pah setelah mendapatkan nombor telefonnya dari Bapa Pah.
Ali: Ramai kawan-kawan sebaya kita ni dah kahwin kan. Awak bila lagi?
Pah: Saya tak terfikir lagi pasal tu, lagipun baru mula kerja kan. Tak stabil pun lagi.
Ali: Tapi takkan takde perancangan kot?
Pah:Banyak lagi benda lain yang saya kena fikir. So, biarlah dulu soal tu.
Ali: Boyfriend awak cakap apa?
Pah: Tak cakap apa pun, sebab saya ni mana ada boyfriend.
Ali: Oh, ingatkan awak ada boyfriend, tu yang saya tanya.
Pah: Awak tanya saya ni, awak tu takde perancangan ke?
Ali: Perancangan tu ada, cuma calon je takde lagi. Ni yang tengah mencari ni. (dalam hati: awak la calon yang saya nak)

Situasi kat atas ni, betul-betul berlaku, cuma nama watak ditukar untuk melindungi identiti sebenar. Aku cuma pelik bila orang yang dah lost contact berbelas tahun dulu, tiba-tiba je muncul terus tanya soalan-soalan peribadi macam ni. Sekarang ni, kalau umur tu dah mencecah 24 tahun dan ke atas, memang akan muncul soalan macam ni ke bila dah lama tak jumpa atau tak contact kawan-kawan lama?

Adakah semua orang terdesak untuk kahwin awal (baca: sebelum 24 tahun) dan sangat aneh sekiranya anda berusia lebih 24 tahun tetapi tiada perancangan untuk berkahwin, malah lebih teruk lagi tanggapan masyarakat jika anda tidak mempunyai calon. Belum lagi sekiranya anda mempunyai teman rapat sejantina dan sering ke sana-sini bersama, pasti ada mulut jahat yang menuduh anda pasangan gay / lesbian.

Hidup ini aneh kan? Manusia spesies ni lagi aneh. Haih.

PS: Nanti balik raya aku kahwin, ok? Lepas tu aku letak gambar dekat friendster dengan hero dan heroin seramai 10 orang, cukup nak buat 2 team basketball. Tapi aku takkan kahwin la dengan Leman yang gaji lumayan kerja dekat syarikat gergasi XYZ tu, dan harap-harap pasni aku tak payah jawab dah soalan 'bila nak kahwin' kan?

Friday, September 19, 2008

Tagged by Encik BuncBunc. Here it goes..

1) What were you doing 5 years ago?

zaman diploma, duduk kolej (baca: saya skema dan selalu pergi aktivit jadi dapat stay kolej padahal saya selalu buat kupon aktviti sendiri sebab setiap hujung minggu saya balik rumah). selalu ngedate di subang parade sebab senang sorang datang dari serdang, sorang dari shah alam. masih melayan band tempatan (baca: butterfingers, john's mistress, disagree, jeopardise, etc) dan selalu bergigs sakan jika berkesempatan. pengajian ditaja JPA dan FAMA jadi tak perlu bayar balik PTPTPU.

2) What were the 5 things on your to do list today?

1. pi uni anta borang intern last summer
2. pi electrical engineering workshop siapkan FYP yang masih terbengkalai
3. merundle cari barang sket
4. kemaskini kotak nak bawak balik raya
5. iftar kat umah kak ee

3) What are 5 snacks that you enjoy?

1. twisties BBQ
2. cheese cake, perasa apa pun boleh, janji halal
3. kerepek pisang, sebab tu suka merepek
4. cadbury black forest
5. cadbury boost or time out

4) What are 5 jobs you've had?

1. Part time cashier di Carrefour
2. Penjual kredit kad Citibank melalui telefon
3. Support staff for ExxonMobil
4. Potato Grader di kilang kentang
5. Intern at Accenture

5) 5 People i want to tag?

No one. Sebab rasa semua orang dah buat je.
Ini saja kenangan yang aku ada pasal kau. Perancangan Tuhan tu dah tersusun cantik, kita je yang tak pernah tahu dan tak pernah sedar. Aku tak boleh berhenti dari bercakap pasal kau, dan rasanya sampai bila-bila pun aku tetap akan ingat kat kau. Eh, kau tau tak, mak aku pun sedih masa aku cerita pasal kau, apa yang jadi kat kau selama ni. Mak aku pun teringat kenangan kita sekolah dulu, kau selalu datang rumah, nak compare result monthly test maths la, tolong angkat makanan ke sekolah masa jamuan la.

Tapi kan, sampai hari ni, setitik air mata pun tak jatuh. Aku pun tak tau mana aku campak semua kesedihan ni. Agaknya dah terkubur terus sekali dengan kematian mengejut kau kot. Harapnya kau tenang di sana, seperti mana tenangnya aku dalam bacaan yaasin yang aku sedekahkan untuk kau.

Mohd Faizal bin Chanmekun, semoga kau ditempatkan bersama mereka yang dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah. InsyaAllah masanya akan tiba untuk aku menyusul, cuma bila dan di mana, semuanya perancangan yang di atas sana. Harapnya Allah masih bagi aku peluang untuk capai apa yang aku hajati, sebelum aku dijemput pergi.

Dan kau, walau apa pun keadaan kau sebelum mati, walau apapun cara hidup kau, aku tetap kagumi kau sebagai salah seorang manusia 'brilliant', si cerdik pandai punya otak bijak bestari, yang akan sentiasa kekal dalam ingatan aku ni. Sampai jumpa lagi!

Thursday, September 18, 2008

Baked broccoli in white sauce with creamy cheese is a big TURN ON!










PS: Saya sayang housemate saya juta-juta sebab beliau suka masak sedap-sedap.
Kenapa ye perlu berahsia?
Kenapa ye perlu mengasingkan orang?
Tak boleh ke hidup berkasih sayang?
Maaf, agak tekanan.
Tidak sabar mahu pulang.

Wednesday, September 17, 2008

Ibu: Anak, kalau ada orang telefon, cakap ibu takde ye?
Anak: Ok Ibu.

Telefon Ibu berdering. Anak pantas menjawab.

XXX: Hello. Ibu ada?
Anak: Ibu takde.
XXX: Oh, Ibu pergi mana?
Anak: Ibu takde la.
XXX: Ok, takpe. Terima kasih.

Panggilan tamat.

Anak: Ibu..
Ibu: Ye?
Anak: Ibu berdosa tau ajar Anak menipu.
Ibu: Huh?

Tuesday, September 16, 2008

Dear friend,

We seldom talk or even catching up on each other updates lately, but that doesn't stop me from remembering your special day since I know you for the last 13 years. I'm entirely sure you would not come across this blog, but if you do, here goes the dedication of my wish for you;

Happy Birthday to a mummy to be, Eyani Saffina Jamil

May everything go well for you, hubby and that little munchkin inside, cherish every moment you have, be it happy or sad, for you’ll never know what you’d missed. Enjoy your day, hope it roxxs!

Monday, September 15, 2008

I got the following forwarded email from a friend this morning. Somehow, it is undeniably true (",) Enjoy reading, people!

UPGRADE FROM BOYFRIEND TO HUSBAND

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewelery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail. What can I do?

Signed,
Desperate Housewife



REPLY

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:
Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0. If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly. wav files. Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

Sunday, September 14, 2008

Tagged by Cik Zati DY. Here goes..

5 tabiat buruk anda time sekolah
  1. suka ponteng kelas add maths dengan sarah. pastu serong lepak bilik guru, konon-konon memberi bantuan kepada yang memerlukan. eh tapi dia yang ajak. blame her then. hihi.
  2. suka datang lambat. sampai kena kaunseling. haih. rumah jauh ma.. kena naik 2 bas tiap-tiap pagi. bukan saja suka tau.
  3. malas basuh kasut. kapur je la kasik cun. tapi kalau ayah tau mesti kena bebel. jadi bertahan seminggu dua je, tetap kena basuh pastu.
  4. balik sekolah mesti serong pi jalan silang. pastu teman sarah pi try baju kat metrojaya sinar kota. selambakatak masuk fitting room dua orang. try punya banyak baju, tapi tak beli sehelai pun.
  5. suka seorang mamat ni, sampai dah tahap stalker. pantang lalu kat kelas dia, mesti nak usha tempat duduk dia. kalau rehat pulak, pi kantin nampak geng dia melepak, mesti tercari-cari dia ada ke tak. setiap kali tu jugak pandangan kami bertembung. apakah sebenarnya dia juga berperasaan yang sama? haha. perasan. akhir tahun beliau conteng perkataan I LOVE YOU di tudung saya. hanya menyedarinya selepas 3 tahun menamatkan sekolah. kelakar je kalau ingat balik.
3 favourite subject anda. kenapa?
  1. Pendidikan Islam. sebab boleh guna teori logik akal sendiri. ayat hafazan pun bleh tibai2 je tulis, mesti lebih kurang je jawapan dia. exam confirm dapat A1. suka ustazah asmah dan masih mengingati ajaran beliau dan her well known "contoh terdekat" sehingga kini. eh, baru perasan la.. semua manusia bernama asmah or asma yang dikenali, mesti comel-comel je saiz mereka kan?
  2. BM, dengan cikgu yang cool. sebab suka prosa klasik kot. dan sangat suka buat rumusan. sangat suka jugak jawab soalan pemahaman. sepanjang form 4 and form 5, paling teruk dapat A2. SPM pulak dah tentu la A1. sangat sayang cikgu yang ajar BM ni. dulu dia law student, entah kenapa tukar profesion jadi cikgu pulak. suami dia pun kacak. eh, takde kaitan pun. haha. satu-satunya kerja rumah yang confirm akan siapkan dan tak pernah miss hantar.
  3. cikgu azmi si pengkacak mengajar Fizik. suka Fizik sebab cikgu kacak, bukan suka belajar pun. keji sungguh.
3 subjek yang anda tidak suka… kenapa?
  1. English, sebab teacher sangat garang. asyik marah-marah dan tengking-tengking je. payah nak tengok dia senyum. sangat stress kalau dia masuk kelas. selalu tunduk je dalam kelas takut kena soal jawab. tapi paper ni jugak la yang akan dapat A time exam. paling teruk pun B kot. eh pernah ke B? tak ingat la.
  2. Sejarah, cikgu Asmahan yang emosi selalu. siap ada salah faham, tuduh kitorang tuang pasir dalam periuk nasik dia. padahal student kelas lain yang burukkan nama dia kat pengetua. yang tensinya, dia siap target saya fail subjek ni. tapi, Ahamdulillah dapat A1. 'berkatnya' doa dia. haih.
  3. Add Maths. Zaman Pak Uda ajar dan cikgu apetah nama dia. sangat tak faham cara dia ajar, kerja sekolah pun malas nak buat. tu yang selalu ponteng. tapi anehnya mendapat gred sangat cemerlang. Alhamdulillah.
Menarik pada kamu?
Entah. Saya jenis takde perasaan kot. Tapi kawan-kawan cakap saya ni selamba sangat. Tak siap kerja sekolah ke, lambat hantar kerja ke, muka maintain je.

Kamu paling suka?
Daydreaming. Bloghopping. Bermalas-malas di atas katil. Googling. Chocolate. Dulu addicted caffeine, sekarang sudah insaf.

Anda tidak boleh hidup tanpa?
Orang yang memberi saya kehidupan dan membuat saya tersenyum setiap hari. Saya sedih camne pun, boleh je senyum dan gembira balik.

Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
Mak, Baby Gemuk dan/atau Si Kucing.

Tag 5 org rakan anda.
  1. Encik Kekasih Gelap 1
  2. Cewek Encik Kekasih Gelap 1
  3. Encik Badd
  4. Cik Wani
  5. Leila Darling

Saturday, September 13, 2008

Kali ini Gani betul-betul nekad. Berbekalkan kamera pakai buang tersimpan kemas dalam poket seluar yang dibeli dengan harga lapan puluh ringgit di kedai gambar Ah Meng, matanya meliar ke kiri kanan, ke depan belakang. Pantas dialihkan pandangan ke permukaan jam di pergelangan tangan kiri. Ah, lagi sepuluh minit, pasti si sombong itu akan melintas di sini. Gani menunggu dengan sabar. Kali ini dia akan pastikan misinya berjaya.

Dari jauh kelihatan kelibat manusia yang sekian lama dinantikan. Gani bersedia dengan kamera di tangan. Dari celah lorong sempit itu, dia cuba mencari posisi sesuai untuk merakamkan gambar yang terbaik. Sebaik sahaja ternampak bayangan melintas di hadapan, pantas punat kamera ditekan. Tanpa disangka, terpancul cahaya flash dari kamera murahan itu. Si gadis sombong tersentak lalu memusingkan kepala.

"Woi, kau curi tangkap gambar aku ye?"

Gani terkejut dengan teriakan dari gadis di hadapannya. Pantas dia berundur setapak dua ke belakang, lalu memusingkan badannya dan memecut laju. Ah, mati aku kali ni, getus Gani sendiri. Sesudah merasakan dirinya tidak diekori, Gani pantas berhenti di hujung lorong, tercungap-cungap mengambil nafas setelah penat berlari menyelamatkan diri. Dia memandang jauh ke belakang, ternyata si sombong itu tidak menjejaki langkahnya.

Gani tersenyum sendiri sambil kaki dihalakan ke arah warung mamak yang terletak di bawah pokok. Panasnya bukan kepalang, dengan keletihan berlari dan rasa haus yang hadir tiba-tiba, dia memesan secawan teh ais dan sepinggan mi goreng. Tidak sampai 15 minit, pesanannya sampai. Pantas Gani mencapai gelas teh ais dan menghirup penuh nikmat. Mi goreng yang masih panas disuap laju ke mulutnya. Terkenang misinya yang akhirnya berjaya.

Gani sudah lama menaruh hati pada si gadis sombong. Malah hampir setiap hari dia mengekori jejak langkah si gadis dengan menunggang basikal tua milik arwah bapanya. Cuma sekadar melihat dari jauh. Dia cuma mahu memastikan gadis idamannya selamat menaiki bas ke sekolah. Rutin hariannya sama. Tepat jam sebelas dia sudah menunggu di tepi simpang. Sebaik saja gadis itu keluar dari rumahnya, Gani akan mula mengayuh basikal, mengekori perlahan. Dia rasa puas dapat menemankan gadis idamannya berjalan menuju ke perhentian bas untuk menunggu bas sekolah datang menjemput.

Cuma dua minggu lalu, dia bertembung dengan si gadis sombong pujaan hati. Dia cuba melemparkan senyuman paling manis, tapi dibalas dengan jelingan tajam. Terkilan sungguh rasa di hati. Jangankan teguran mesra hulurkan salam perkenalan, memandang wajahnya pun tak sudi. Gani bertekad. Apapun terjadi, dia akan dapatkan gambar si gadis, sekadar habuan melepaskan kerinduannya di malam hari.

Belum habis sepinggan mi dijamah, Gani terasa bahunya dipegang kejap dari belakang. Pantas ditoleh kelihatan seorang anggota polis dengan wajah bengis melontarkan pandangan maut ke arahnya.

"Ikut saya ke balai"

Gani terkedu. Kecoh seketika warung mamak di bawah pokok, rata-rata pelanggan memandang sinis ke arahnya. Dengan perlahan Gani bingkas bangun, berjalan penuh gusar dan pasrah ke arah kereta peronda. Kelihatan si gadis sombong duduk di ruang penumpang bahagian hadapan, memandang dengan wajah jelik ke arahnya. Serentak terbayang di wajah Gani, betapa malang nasib yang bakal menimpa. Segalanya jadi gelap tiba-tiba.

Friday, September 12, 2008

I send a message to everyone I knew from primary school , who is listed in my Friendster's friend list with the following text;

"To anyone of you who still remember Mohd Faizal Chanmekun, our dear friend back in SKPTD 1994, he has passed away in a road accident on 6/7/2008. Let us pray that Allah would bless his soul."

I received several replies, but one really caught my attention;

"tym..mana ko tau faizal dah meninggal?
aku terkejut bila dapat msj ko tu?
dia duk mana skrg?"

And I immediately replied;

"Dia duduk dalam kubur sekarang."











This is not funny. Seriously.

Thursday, September 11, 2008

Kehadapan sahabatku Encik Aie yang berada nun jauh di sana,

Sepanjang persahabatan dan permusuhan kita sejak kira-kira sepuluh tahun yang lalu, pelbagai kenangan suka duka masam manis pahit masin kita tempuhi berdua, bertiga, beramai-ramai sampaikan naik sesak otak aku nak ingat semuanya.

Sejak dari zaman sekolah masa Puan Asmahan target kau, aku dan Sarah bakal mendapat kegagalan kritikal dalam subjek Sejarah, kita berjaya menconteng arang ke muka beliau dengan cemerlang, gemilang dan terbilang bila kita bertiga sama-sama dapat A1 masa keputusan SPM diumumkan. Walaupun kau adalah sangat dibenci di sekolah disebabkan kau berkawan baik dengan makhluk-makhluk diibaratkan skema dan tiada kehidupan, kita berjaya jugak berkawan baik lepas habis SPM. Tak sangka orang yang aku meluat sangat time sekolah dulu, boleh click baik punya sekarang. Ah. Those were the days.

Hey, kau ingat tak masa zaman diploma dulu? Aku selalu je sakit perut malam hari, sebab makanan di dining hall yang aneh-aneh, pastu paksa kau datang jemput bawak ke klinik. Pernah sekali tu kau jemput dengan pakai seluar pendek, bila nak hantar aku balik, kena tahan dengan pak guard dekat pintu masuk. Tak pasal-pasal je kau kena saman. Haha. Kesian kau masa tu. Belum lagi kita buat kerja gila balik rumah malam-malam buta dengan WJM kau. Ada sekali tu, siap merantau sampai ke UKM nak tengok Along perform malam merdeka, dengan si kucing pakai seluar pendeknya, selamba je masuk dewan ikut pintu belakang. Betul takde kesedaran sivik masa tu. Haha.

Kau ingat tak, ada sekali tu kita keluar melepak dengan kawan-kawan secara berjemaah, malam tu jugak kita redah balik kolej ikut highway belakang yang scary gila jalan dia, main redah je masa tu, tapi kita tawakal je kan? Alhamdulillah, hidup je kita sampai sekarang. Memang gila kan hidup masa tu? Belum lagi aku nak makan KFC, nak dapat diskaun 30% hari Selasa, paksa kau bawak aku pergi Giant Seksyen 13 sebelum pukul 6 petang. Bagusnya kau masa tu, layan je kerenah aku kan? Tapi baik hati jugak aku masa tu nak belanja kau. Tu pun sebab ada diskaun, kalau tak, jangan harap la kan? Haha.

Belum lagi zaman tamat diploma, masing-masing sangap tak tau nak sambung belajar ke tak, nak kerja pun macam tak layak, tapi gigih jugak kita melepak di McD Jamek hampir setiap minggu. Siap share duit beli kentang goreng, lambakkan atas tray, kongsi-kongsi makan. Zaman kemiskinan melanda pun kita tetap bertabah kan? Sampaikan muncul lawak jamming in the bathroom, toreh menoreh yang menakutkan, siap pekerja McD tu hempas-hempas tray tekanan kita bising sangat. Melepak lama bukan main, beli kentang goreng pun share ramai-ramai. Eh, rupanya kita ni miskin jugak ye dulu? Hahahaha.

Masa zaman aku sambung degree pulak, kau dah kerja kat Cyber masa tu. Ada jugak kau culik aku di kolej, kita lepak-lepak dengan si mangkuk dan stok aweknya. Selalu je aku tumpang kau balik rumah. Masa tu kau dah kaya, selalu je kau belanja aku makan roti canai. Indahnya kehidupan, dah la ke sana sini naik WJM kau secara percuma, paling hebat pun aku setakat bayar duit tol seringgit tiga puluh sen je masa tu, siap kau belanja makan lagi. Memang murah rezeki la kau di masa akan datang.

Bila aku nak merantau jauh ni, kau datang hantar aku kat KLIA dengan adik kau. Tapi masa tu kita tak bergambar pun kan sebagai kenang-kenangan, tendang-tendangan. Aku masa tu rasa sedih sangat, tapi aku buat-buat gembira je. Aku tak boleh nak layan kau, cakap-cakap dengan kau banyak-banyak. Kau pulak tentu rasa aku sangatlah poyo masa tu sebab tak nak layan kau sangat. Sori weh, kalau kau tahu la apa aku fikir masa tu. Haih.

Belum lagi diungkit zaman kau down, aku marah-marah kau lagi, bukan nak tolong selesaikan masalah, lagi tambah masalah kau. Kesian kau kan dapat kawan macam aku. Tapi walau apapun yang kita dah lalui selama ni, kau tetap setia jadi kawan aku, walaupun banyak benda aku selalu argue, selalu tak puas hati, tapi kau ni yang sengal, tak reti-reti nak merajuk lama-lama ke dengan aku. Aku je yang selalu poyo merajuk dengan kau kan? Haha. Tapi kau pujuk je aku kan?

Eh, malas dah nak tulis banyak-banyak. Penatlah nak cerita pasal kau. Sekarang ni kau dah ada orang yang sayang kau sepenuh jiwa, aku harap kau hargai si dia tu macam kau hargai kawan-kawan kau. Apapun pilihan kau, apapun keputusan kau buat dalam hidup ni, aku tak peduli pun, asalkan kau tau baik buruk, dan kau takkan lupakan orang-orang yang sayangkan kau.

Kau ingatkan janji kau masa aku ketakutan kau merempit WJM di highway dengan gigihnya dulu? Apapun jadi, kita tetap sehidup semati. Seorang hidup, seorang mati. Haha. Harap kita masih berkawan sepuluh tahun, dua puluh tahun, lima puluh tahun lagi jika kita masih hidup di muka bumi ni.

Dengan lafaz bismillah, dengan ini aku mengucapkan

Selamat Ulangtahun ke ??
(Sila ungkaikan sendiri misteri usia tersebut)

Aku purposely update lambat hari ni, semata-mata nak jadi orang terakhir yang wish kau sempena hari bersejarah ni. Aku kan sangat memahami, jadi aku bagi peluang orang-orang yang lebih penting (baca: sang kekasih) untuk menjadi orang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Aku doakan yang baik-baik je untuk kau. Sekembalinya aku ke Malaysia dalam jangka masa terdekat ni, sila belanja aku makanan mewah (baca: Shogun buffet di OU). Owh, ini bukan permintaan, tapi arahan.

Dan sahabat, aku sayang kau; dulu, kini dan selamanya. Walaupun kau suka bergaya erotis memuncungkan bibir bak Angelina Juling seperti tertera dalam gambar di bawah. Much luv bebeh.
gambar sengaja dikaburkan untuk melindungi identiti sebenar

Wednesday, September 10, 2008



Port Elliot, Winter 2008

Tuesday, September 09, 2008

i dream of you as my perfect someone, my Prince Charming

but you scared the hell out of me when you tell me that you love me

how I wish I could turn back time

A picture tells a thousand words. A simple picture will let people do their own assumption, without having to further clarify with the other person involved. I've read stickgal blog since 2006 and fell in love in an instance. She simply use her own drawing to tell the world the way she feel inside. I've collected more than 100 pictures from her blog and I would regularly checking out her blog for updates to collect for more and more lovely pictures. She has another blog, The Bitter Stickgirl, and since August 19, 2005 to date, she already had 917,118 visitors. Whoa. What an achievement, eh? Sometimes, I wonder how much she earned from her nuffnang income. If only I have such a creative mind and gifted hands. T_T

*all of the above pictures are copied from The Bitter Stickgirl

Monday, September 08, 2008

Can someone who is kind enough buy me this?
COACH 11907 Beige/Pink bag (RM520)

Or this?
COACH 11905 Beige/Pink/White (RM560)

Or this one as well?
COACH 12204 Floral Pink Tote (RM810)

Get yourself a great bargain of the guaranteed authentic COACH handbags at LuxeLook NOW!

Sunday, September 07, 2008

Counting the days.. (",)

Saturday, September 06, 2008

Another 3 months to go.

Friday, September 05, 2008

CewekKekasihGelap aka Kakak Diella telah mengetag saya. Berikut adalah syarat-syarat yang dikenakan oleh Kakak Diella.

*State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
*The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.

Dengan ini saya menyenaraikan "15 weird things/ habits/ little known facts about myself" in no particular order.

  1. Saya ada satu parut di bahagian kaki sebelah kiri, exactly di bawah lutut, kesan melecur akibat dicucuh dengan botol plastik yang dibakar dalam api, masa tu umur saya dalam 4, 5 tahun la. Sangat berkeji mamat bernama Alin tu, bencinya kat dia. Tapi takpe, sekarang dia dah dapat balasan setimpal, bukan dari saya, tapi dari Tuhan. Served him right. Hehe.

  2. Saya tak boleh makan nasik banyak-banyak, nanti perut saya akan sengkak dan kembung dan mengeras dan sangat sakit. Kalau makan lauk banyak-banyak takpe. Tapi saya dah jumpa encik doktor dan beliau kata saya adalah normal. Saya tak boleh dan tak suka makanan yang pedas, masam, masin, pahit dan manis. Jadi makanan yang sesuai untuk saya adalah makanan yang tidak berperasaan, tidak pedas, dan tawar-tawar belaka.

  3. Saya sangat suka sidai pakaian di ampaian menggunakan penyangkut baju yang sama warna dan mengikut saiz dan ton warna yang sekata. Saya juga akan melipat dan menggantung baju di dalam almari pakaian mengikut saiz dan ton warna, jika tidak saya akan rasa tidak tenteram dan rimas setiap kali membuka almari.

  4. Saya sangat suka bau pakaian yang sudah kering, baru diangkat dari ampaian. Pernah sekali masa zaman diploma dulu, saya baru angkat segala jenis pakaian dalam, pastu saya lipat satu-satu, tapi sebelum lipat tu saya cium-cium dulu ambik bau dia. Sangat sedap dan indah. Habis je lipat tu baru saya sedar roomate saya dok perhatikan je kerenah saya tu dengan muka pelik. Gila malu, mengkantoikan diri sendiri dengan jayanya. Adakah dia ingat saya pervert? Haih. Tapi saya biarkan aje dia diselubungi misteri. Hehe.

  5. Saya tak pandai potong kuku sendiri, dari kecik Mak saya yang potong. Tapi sejak duduk berjauhan ni saya terpaksa jugak la potong kuku sendiri. First time saya nangis masa datang sini adalah selepas dua minggu kerana terlihat kuku yang panjang, kena jugak la potong, dah la senget-senget, siap luka lagi. Tapi sekarang saya dah pandai potong sendiri dengan cantik sekali. Yeay!

  6. Mak, Ayah and Abang call me Adik, the other siblings call me Akak, my little baby sister call me Kakak; too many names to the same person, eh?

  7. If you want to wake me up to perform Subuh prayer, after you fail your millionth attempts, try calling my full name though. Automatically I would easily wake up upon hearing my full name being called. Ayah would always use this trick, and believe me; it works!

  8. I work extremely well under stress or within time restriction, be it in finishing last minute assignments or during the exam. Somehow, I’ve lost that magical touch here and there which would result in serious damage on my grades in the exam. But, I still manage to get highest marks on the assignments. Yeay me!

  9. I only have 2 bestguygayfriends, which I named KekasihGelap1 and KekasihGelap2. I love love love them to bits. I always go for KekasihGelap1 whenever I’m in a super duper good mood, and KekasihGelap2 would be the best shoulders for me to cry on. Our relations are kinda weird, hard to explain, but I believe we complete one another. You guys better agree with me, or else I tell the world about your jamming-in-the-bathroom secrets. Wahahaha.

  10. I can always be friend with cewek KekasihGelap1, be it the current one, or the previous one (Banyaknya stock lama kamu ye Encik? Hihi) Butthen, why oh why cewek KekasihGelap2 would always hate me? Sedih sedih. (read: terkenang kisah toreh-toreh. scaryyyy weh)

  11. I purposely watch any Korean Movie which from the review, I found out would involve any sad moments in it, just to ensure that I still have some sort of feelings. Sometimes I believe that I have turned out to be so “takde perasaan” that I need this kind of things just to prove me wrong. Most of the time, it works on me. The latest one is just a few moments ago, after watching ‘A Moment to Remember’, I cried as if there would be no tomorrow. Sheesh.

  12. I always believe in second chance. No doubt about that. In fact, I’d gave so many chances to that special someone aeon ago. Too bad he was so clueless that he didn’t know how to appreciate it. Sometimes things won’t simply work as planned, aite?

  13. I used to HATE Japanese foods, I just pretend I LIKE it just to please that someone I had a crush on, but out of nowhere, I became addicted that I would always suggest to have Japanese foods whenever we met. Crazy, I know, but I will never ever try to eat anything with unagi / eel, couldn’t bear the taste of ‘ular' in my mouth. Ewwwwwwwwwwwww.

  14. I swore by Google name, I believe it works in a very mysterious way. Haha. Hey, I am still a Muslim, what? Why so serious?

  15. I have one secret blog where I purposely dedicated to the special someone. No one had come across the blog. Don’t bother to google it, even if you found out, I set it to private already. Hehe.
I can go on and on about my own self. Luckily it stops at 15 as per requested. These 10 people need to do the same:

1. Cik Zati DY (I know you are reading this buddy)
2. Cik Meanie Mean (I know you are reading this, too)
3. Cik Inah (I know you are reading this, three.. hehe)
4. Cik LilyLulu
5. Cik PinkyWani
6. Cik Along Zunaira (walaupun Kakak Diella dah tag, saya mahu tag kamu jugak!)
7. Cik Puan Aishah Jepun (If ever you came into this blog)
8. Cik Puan Viruspadu
9. Encik KekasihGelap1
10.Encik KekasihGelap2

Thursday, September 04, 2008

AA: Hey, you go back for Raya ar?
CG: Why?
AA: Wanna ask you buy me phone la. Can ar?
CG: Sure can one, but got money or not?
AA: Got la, if not, then how to buy?
CG: Wah, where got money one?
AA: Haiya.. free one ma..
CG: Free ar? How come?
AA: Go skycity lo, just play-play a bit, then win lo.
CG: Win Big ar?
AA: Yesterday, spent one hundred, win five hundred.
CG: Wow, that much?
AA: No la, last week spent one hundred, can win eight hundred.
CG: Wow, that's a lot of money, no wonder you want new handphone one.
AA: It depends la. Last year I spent two hundred, but win nothing. So only this time lucky lo.
CG: Can belanja me handphone also?
AA: Haha. You want ar? I target jackpot, can win half million.
CG: You crazy ar? Can give me 0.1% if you win?
AA: I give you 5% if I win.
CG: (Calculating..) That's 25K. Crazy ar you?
AA: Haiya, if I win, sure can give you one. It's half million you know?
CG: Give me 1% enough already. Haha. (read: evil mode activated)

AA: Anak Apek
CG: Cik Gadis
Location: Napier G04, Financial Management for Engineers, Lecture

Wednesday, September 03, 2008

Mohd Faizal bin Chanmekun bin Karthi. Dulu aku selalu ejek nama ayah kau, aku panggil kau buah sukun sekati. Biasalah zaman sekolah rendah, masing-masing tak matang lagi. Dulu dalam kelas, kau duduk sebelah kanan aku, Matnapis duduk sebelah kiri aku. Kita selalu bersaing dan berlumba siapkan kerja sekolah, lebih-lebih lagi untuk subjek Matematik. Setiap kali peperiksaan ataupun ujian bulanan, kita akan sama-sama bersaing dapatkan markah penuh. Kadang-kadang kau menang, kadang-kadang aku.

Pernah sekali kita ada peperiksaan percubaan. Esoknya masa Cikgu Zainab bincangkan jawapan untuk kertas Matematik dalam kelas, kau tertinggal kertas soalan yang kau dah salin jawapan. Aku frust sangat masa tu sebab aku salah satu, dapat 98. Dah tentu kau akan dapat lebih lagi dari aku. Petang tu jugak kau naik basikal datang rumah aku nak check markah yang kau dapat. Kau salah 3, dapat 94, jadi markah aku lagi tinggi dari kau. Kau balik dengan kekecewaan. Kelakar kan kita dulu, setakat beza 4 markah pun dah jadi isu besar.

Masa UPSR pulak, kau antara calon target akan dapat straight A's. Kau dapat cemerlang untuk semua kertas objektif, tapi aku dan kawan-kawan lain bagaikan telur di hujung tanduk dek kerana kertas English markah sipi-sipi antara A dan B. Masing-masing doakan gred tak naik, supaya kitorang pun akan dapat straight A's jugak. Cuma tinggal kertas BM Penulisan je yang kita takkan tahu keputusannya. Semua cikgu yakin sangat kau calon tunggal yang akan dapat straight A's.

Hari keputusan diumumkan, kita ada raptai untuk penyampaian hadiah. Aku dapat nombor 3 dalam kelas, dan nombor 3 keseluruhan, berkongsi tempat dengan kau. Memang kita dah malas lepas UPSR, ambil exam akhir tahun pun sekadar penuhi syarat. Sepanjang hari aku tak senyum, cuak dan takut nak dapat result. Tapi kau happy je hari tu dan kau try ceriakan semua orang.

Aku terkejut bila ada budak panggil aku dalam kelas suruh ke bilik guru jumpa Teacher Habibah. Sampai bilik guru Teacher Habibah meluru pergi kat aku dan ucapkan tahniah. Aku terkejut, tapi Teacher Habibah yakinkan aku ada 10 orang lagi dapat straight A's, tapi tak termasuk kau. Aku anggap dia tersilap masa tu, kau calon target sekolah, mustahil kau tak dapat straight A's.

Masuk kelas, Cikgu Zainab dah ready nak bagi result. Lepas nama semua orang dipanggil, tinggal aku, Mafuza, Jazree dan kau. Hanya 3 orang dalam kelas kita dapat straight A's. Lepas Jazree dan Mafuza diumumkan dapat straight A's, tinggal aku dengan kau. Aku cuak balik, tak mustahil Teacher Habibah salah dengar. Tapi bila aku dapat keputusan aku, terbukti dia tak salah, dan kau dapat C dalam BM Penulisan. Kau terus pekup muka kat meja, dan menangis teresak-esak.

Jazree hulurkan tisu, basah satu meja dengan airmata kau, tapi tetap jugak kau tak angkat muka. Kitorang mati kutu tak tau nak pujuk kau. Sampai habis waktu persekolahan, kau tetap jugak pekup muka atas meja sampai kitorang semua give up dan balik rumah. Aku tak tau kau balik pukul berapa hari tu.

Esoknya kau datang sekolah, kau cakap balik tu kau kena pukul teruk dengan ayah kau. Memang ayah kau garang, semua orang tau. Aku sedih sangat masa tu, tapi aku tak tau nak bantu kau macam mana. Lepas tu kau cerita dengan aku, memang kau baru sedar karangan yang kau tulis terpesong. Aku ingat lagi karangan tu pasal sambungkan cerita, ada pasal nampak asap. Secara logiknya, semua orang akan buat cerita pasal kebakaran, tapi kau sorang je buat cerita pasal jin. Nampak asap lepas tu jin keluar. Kau buat macam jin dalam cerita Aladdin. Mana la tak terpesong karangan tu dan dapat C.

Lepas habis sekolah, kita semua terpisah, masuk sekolah lain-lain. Kau sekolah dekat rumah je masa tu, sampai pertengahan Form 1, aku ada dapat call, aku tahu dari kau, tapi kau cakap tak habis, kau terus hang up. Tak lama lepas tu aku dengar kau dah pindah ke Kedah, sebab ayah kau dah pencen masa tu. Terus dari situ kita terputus hubungan.

Sampai aku sambung diploma, aku dapat tahu ko tengah buat preparation untuk sambung kat UK. Nama kau tersenarai untuk ke UMIST, buat Mechanical and Aerospace Engineering. Kau tau tak, masa tu merata-rata aku cari orang yang ke sana, hantar message randomly, untuk dapatkan maklumat pasal kau. Sayangnya takde satu pun yang dapat bantu aku. Aku sendiri masa tu dah target, habis je diploma aku nak ke UMIST jugak, nak cari kau balik. Memang aku mintak nak ke sana, tapi ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, scholarship aku ditarik balik seminggu sebelum aku fly, aku tak dapat jejak kaki kat UK, tak dapat cari kau balik.

Itu je harapan yang aku ada, tak kira lagi aku belek paper setiap kali musim raya tiba, kalau-kalau kau ada buat ucapan salam perantau ke. Aku puas google nama kau from time to time, tapi gagal jugak nak dapat contact kau. Sampai la tahun lepas aku dapat contact adik kau melalui friendster, tapi malang jugak sebab dia tak nak disclose information pasal kau in further details. Tapi aku dapat contact number kau dan aku cuba contact melalui sms.

Aku tahu masa tu kau ada dekat Ipoh, kau jaga kedai, kau dah pernah kahwin, tapi dah bercerai pun, kau ada problem pasal study kat UK tu. Bila aku tanya banyak-banyak kau bagi alasan kau busy dan akan contact aku balik, tapi kau terus senyap. Aku sendiri rasa kau tak nak diganggu dan aku tunggu sampai kau contact aku, tapi sampai sudah takde khabar berita.

Sampailah last few weeks aku rasa nak google nama ayah kau, saja seronok, nak tengok apa yang aku jumpa. Tapi aku terkejut sangat, rasa gugur jantung bila aku dapat keratan dari akhbar Sinar Harian, tapi aku tak boleh nak access berita tu. Macam-macam cara aku cuba, tapi tetap tak boleh. Masih terbayang-bayang lagi apa yang tertulis tu

"Mangsa Mohd Faizal Chanmekun dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan.."

Aku harap sangat berita tu tak betul, mungkin kalau kau terlibat dalam kemalangan sekalipun, kau setakat cedera ringan. Aku cuba nak telefon kau, tapi aku takut sangat, takut dapat berita buruk yang aku tak nak dengar. Sampai la aku dapat komen dari adik kau di Friendster.

Benda yang paling aku takut, memang dah jadi realiti pun. Sampai hari ni aku rasa payah nak terima hakikat, betul ke apa yang aku dengar? Selama ni aku cari kau, berbelas tahun aku tunggu khabar berita dari kau, memang aku rasa banyak sangat aku nak cakap, banyak sangat aku nak luahkan, tapi aku takkan ada peluang lagi dah. Aku nak sangat tau apa jadi dengan kau lepas sekolah dulu, apa jadi dengan study kau, apa jadi dengan bekas isteri kau, kau ada anak ke? Banyak sangat aku nak tanya, tapi aku nak tanya siapa lagi?

Sekarang ni yang ada cuma kenangan sekolah dulu, yang ada berapa kerat je tu. Entahlah, aku rasa terkilan sangat sebab aku baru sedar semuanya dah terlambat. Kau pergi macam tu je, tinggalkan banyak sangat persoalan yang tak berjawab. Tapi, aku redha, Allah dah susun cantik je kehidupan kita ni. Aku harap kau pergi dengan tenang, dan kau bahagia di alam sana. Masa kau dah sampai, masa aku entah bila lagi.

Cuma satu je aku nak bagitau kau, walaupun dah takde gunanya lagi, walaupun dah memang terlambat. Dari dulu lagi aku nak jawab soalan kau, memang aku sayang kau, sama macam kau sayang aku. Cuma aku takde kekuatan nak jawab masa tu.

Tuesday, September 02, 2008

"one of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter"
(James Earl Jones)

"when a memory is gone, so is the soul"

(a moment to remember)


I've lost count on how much I missed you. Rest in Peace dear buddy.

In remembrance of a long lost soul (1982-2008)

Monday, September 01, 2008

Picture taken from here

Today marks the first day of the holy month Ramadan 1429H in Adelaide. Let us spend every second of Ramadan worshipping Allah, may we have countless blessings from the Almighty. Ramadan Kareem, people! Be aware of the restrictions below, ya?