Tuesday, June 30, 2009

Quote from the game - Zuma Deluxe

How true, kan? Selalunya niat baik bagi teguran membina supaya orang boleh baiki diri dia, biar jadi lebih baik. Tapi bila berakhir dengan pergaduhan, semuanya jadi sia-sia je. Tak semua orang boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Lebih pedih lagi kalau dengan darah daging sendiri. Kadang-kadang bila kita cakap secara elok, memang tak jalan, tak makan saman. Bila tinggikan suara, mulalah berkecil hati. Mesej yang kita nak sampaikan tak diterima, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lebih parah kalau mula sentap sana sini, benda kecik pun boleh buat perang dunia kelapan.

Susah sebenarnya kalau orang yang sentiasa rasa dia betul, tak pernah nak kaji salah sendiri. Setiap apa yang jadi, ada saja mangsa yang boleh dia tuding jari. Bukan semua orang boleh berfikir ikut cara logik akal kita. Satu yang paling nyata, umur tidak boleh dijadikan kayu pengukur tahap kematangan. Tambah pulak orang yang sentiasa hidup dalam lingkungan dunianya sendiri, tak pernah meluaskan pandangan di luar zon selesa. Hidup dia pastinya hanya untuk dia, dan semua orang dipaksa mengikut rentak dia.

Penat sebenarnya nak fahamkan orang jenis macam ni, yang kita sebenarnya buat sesuatu perkara tu berdasarkan pengalaman hidup kita sendiri, bukan untuk kepentingan peribadi, tapi untuk kebaikan semua orang. Langkah terbaik sekarang ni, biarkan saja dia menguruskan kehidupan sendiri dan membuat keputusan yang dia sendiri mahukan. Kalau jadi sesuatu yang tak diinginkan, sekurang-kurangnya kita bebas dari tudingan jari dan rasa bersalah yang tidak sepatutnya ada. Pastinya lepas ni dapat dielakkan sebarang pergaduhan dan masam muka.

InsyaAllah.

Monday, June 29, 2009


Memang sengaja aku letak bahan bukti di sini, sebab kadang-kadang mamat ni tersinggah jugak dekat blog ni. Dari dulu lagi, kalau chat di YM, dia memang suka guna singkatan yang pelik-pelik. Fine la kalau kau nak jimat sangat kredit masa hantar SMS (walaupun satu sen je pun setiap kali hantar kan?), tapi bila bagi komen di Friendster ke, FB ke, perlu ke nak singkatan segala? Memang aneh ini anak! Dah banyak kali aku komplen, masih lagi nak buat benda yang sama.

Amek ni aku bagi liputan meluas lagi dekat blog ni. Kalau lepas ni masih berperangai aneh, memang I reserve my comment la kan? Apa yang penting, aku nak bagitahu yang aku rasa sangat annoying la apa yang kau buat ni. Mungkin bagi kau normal je, benda biasa je kan, tapi bagi aku tak. Aku tak suka. Get it?

Sunday, June 28, 2009

Hari tu masa teman Encik Kucing tengok match Brazil vs Itali, aku yang slow amat bab bola sepak ni, kept on asking soalan yang kengkadang agak bimbo jugak. Memula memang la soalan aku dilayan, tapi lama-lama aku rasa beliau pun agak tekanan sebab aku asyik tanya soalan yang sama je. Beliau pun mula jawab secara kasar, yang buat aku rasa sentap tetiba. Spontan terkeluar dari mulut aku pasal Ayah yang tak pernah jemu nak layan kerenah aku yang suka tanya macam-macam soalan walaupun soalan bodoh sekalipun.

Aku suka layan Ayah tengok sukan, tak kira sukan apa sekalipun. Masa match tenis baru ni, aku layan je Ayah tengok setiap game, pastu mula tanya macam-macam soalan. Ayah tak pernah rimas pun, tak pernah rasa terganggu, jawab je soalan yang aku tanya berkali-kali. Pastu siap terangkan secara detail segala maklumat lanjut tentang tenis. Apa itu Aces, berapa games dorang kena main, cara permarkahan dan corak permainan. Baru aku tahu segala mak nenek pasal tenis ni.

Aku ingat lagi kutuk si Nadal tak habis-habis pakai baju pink. Tapi Ayah cakap Nadal pakai pink to show some support to sorang pemain golf yang isterinya suffering from breast cancer! First time aku dengar pasal ni dari mulut Ayah sendiri, selama ni banyak je aku baca gossip Nadal pakai baju pink, fashion victim la, orang semua dok kutuk dia baik punya. Sebenarnya bagus jugak Nadal ni ye? Concern pasal breast cancer segala.

Masa kecik-kecik dulu kan, takde Astro pun, setakat TV1, TV2 dan TV3, memang limited sangat untuk Ayah tengok sukan. Jadi kat rumah ada satu radio bukan untuk FM, AM je, ada untuk SW1 dan SW2. Aku tak pernah tahu apapun pasal semua tu, tapi Mak cakap Ayah selalu dengar BBC UK melalui SW1 ataupun SW2. Biasanya balik kerja, lepas makan Ayah akan pusing tombol kat radio tu untuk cari stesen radio yang dia suka, lepas tu duduk senyap je mendengar melalui radio tu. Dahlah orang tu cakap laju, British English pulak tu, memang aku tak faham satu apapun. Tapi tu la aktiviti wajib Ayah tiap-tiap hari.

Ayah memang minat semua jenis sukan. Bukan setakat minat tengok je, Ayah tahu semua sejarah setiap sukan tu, siapa atlet yang cemerlang, siapa yang terbaik, segala syarat peraturan setiap sukan tu Ayah tahu. Aku sangat kagum dengan Ayah. Pernah ada temasya sukan disiarkan di TV, masa tu acara renang berirama. Kebetulan Tok ada kat rumah masa tu. Ayah khusyuk je tengok. Tok dah buat muka pelik. Lepas tu ada pulak acara gimrama. Ayah masih khusyuk layan TV. Lagi Tok buat muka pelik.

Tok tanya Mak, kenapa Ayah dok tengok perempuan seksi macam tu kat TV? Mak gelak je, sebab memang Mak tahu Ayah bukan gatal nak tengok perempuan seksi tak cukup pakaian, tapi Ayah memang minat semua jenis sukan. Aku rasa sampai hari ni Tok masih confuse sebab tak dapat penjelasan lanjut dari Mak.

Sekarang ni dah pencen pun, dengan macam-macam penyakit menyerang, Ayah masih tetap gigih tengok sukan. Tapi dari dulu sampai sekarang, satu je yang tak pernah berubah. Ayah akan sentiasa senyap masa tengok sukan, takde nak sorak bagai, takde nak emo marah ref ke. Tengok bola sepak pun boleh cool je. Aku je yang suka emo lebih, terjerit sini sana, padahal kalau Ayah tak terangkan, haram tak tau satu apa pun pasal sukan.

Baru ni Ayah layan snooker match dekat TV, Encik Kucing terkejut kot, dia tegur Ayah, Ayah senyum je. Pelik agaknya Pak Haji pun layan snooker. Hehe. Tu belum dia tengok Mak Hajah layan game snooker kat PC, sampai addicted siap tanya Abang kalau-kalau Abang boleh bawak dia pi main snooker kat kedai. Gila lawak Mak Hajah ni.

Betul la Mak cakap, dalam keadaan sekarang ni, remembering the good old days adalah cara terbaik untuk elakkan depressed dengan keadaan kesihatan Ayah yang tak menentu. Biarlah takde orang baca pun blog ni, tapi ini langkah terbaik untuk ingat semua kisah indah tentang Ayah. InsyaAllah, aku akan terus menulis semua yang indah tentang Ayah. Janji.

Saturday, June 27, 2009

Dulu masa kecik-kecik, kawan sepermainan aku yang paling rapat adalah Abang. Mana je dia pergi, mesti dia usung aku sekali. Agaknya sebab tu la aku takde main masak-masak ke, main anak patung ke, main doktor-doktor ke. Balik-balik main layang-layang, main guli, main gasing, tak pun main tembak-tembak.

Abang ni ada satu perangai aneh. Dia suka kutip barang yang dijumpa tepi jalan. Pastu penuhkan poket seluar dia dengan barang-barang tu. Dulu keluar mesti nak pakai seluar pendek yang ada poket di kiri kanan seluar. Pastu mula la sumbat segala macam mak nenek dalam tu. Paling tak best sekali, Mak akan pakaikan aku seluar pendek yang berpoket satu di belakang, tapi seluar tu akan diterbalikkan. Maknanya, bahagian poket tu akan tukar ke bahagian depan.

Memang satu peluang besar untuk Abang sebab bila poket seluar dia penuh, dia sumbat segala macam mak nenek dalam poket seluar aku. Muka tak bersalah pulak tu. Balik je rumah, sibuk punggah barang yang dia kutip. Dah la benda tak berfaedah, batang aiskrim la, getah bulat la, askar kecik kaler hijau yang patah tangan la. Memang aneh dia ni.

Pastu punca utama nak bagi aku pun sama kena marah dengan Mak. Kalau dah tiap-tiap hari bawak balik sampah, haruslah kena libas dengan tali pinggang kan? Tapi betul degil dia ni, mana pernah serik. Insaf la kot sehari dua, pastu buat balik perangai. Agaknya aku pun tahan je dengan perangai dia, dengan libasan tali pinggang, sebab dah takde kawan lain kot.

Lagipun Mak dah pesan, nak keluar main mesti berdua. Balik pun berdua, walaupun selalunya Abang mengelat hantar aku balik separuh jalan sebab dia nak pergi main dekat tepi lombong dengan Fahmi. Silap besar strategi dia tu, dah tentu kalau keluar rumah berdua, balik pun kena berdua kan?

Sampai rumah sorang diri je, habislah nak susun ayat menjawab soalan Mak. Aku ni selalu jadi balaci tolong bukak pintu belakang bilik air, senyap-senyap macamlah Mak tak tahu. Akhirnya, dua-dua kena libas dengan getah paip sebab buat pakatan jahat. Dahlah kaki dia penuh berselut aku kena tolong cuci sampai bersih. Ni patutnya dah besar camni aku kena mintak ganti rugi la atas segala kecederaan yang aku tanggung dulu untuk selamatkan dia.

Agak-agak berapa aku layak claim ye?

Friday, June 26, 2009

Aku tidak boleh untuk tidak bersetuju dengan dia. Sebab apa yang aku tengah lalui sekarang ni sama dengan situasi yang cuba dia gambarkan. Haih. Banyak sangat benda yang aku simpan dalam hati, terlalu nak menjaga hati semua orang jadi aku rasa tak perlu diluahkan pun. Tanggung je la tekanan sorang-sorang.

Cuma sekarang ni dah mula rasa tenang, sejak aku pergi bawak diri dari syurga dunia tu. Tapi, rindunya kat Mak sama Ayah, dah la dorang pun tak berapa sihat sangat. Ayah sedih je masa aku salam dia, bagitau aku nak pergi. Mak pulak terus tanya bila aku nak balik sebelum aku melangkah keluar rumah. Kalau tak kuat memang dah berdrama swasta kat situ.

Apapun, harap Tuhan bantu aku untuk terus kuat dan tabah. I know I will.
Encik Aie telah mengetag saya beberapa hari yang lalu tapi saya baru sedar kerana baru membaca blog beliau. Jadi mari sama-sama kita saksikan apa yang telah saya tulis di bawah ini.
  1. Bekas kekasih saya adalah: seorang (yang perasan) Superman. Memang dia yang paling gagah dan paling kuat (kononnya).
  2. Saya sedang mendengar: bunyi kipas berpusing, bunyi jarum jam berdetik, bunyi air menitik. Sunyinya rumah ni!
  3. Mungkin saya patut: berhenti duduk menghadap komputer sebab pinggang saya dah mula rasa sakit. Jadi saya kena baring.
  4. Saya suka: makan dan makan dan makan lagi. Sebab tu perut saya telah membesar dengan jayanya.
  5. Sahabat-sahabat baik saya adalah: tidak normal dan tidak tipikal, penuh cacat cela dan mengalami masalah mental yang ketara. Tapi saya chenta mereka juta-juta tau.
  6. Saya tak paham: kenapa masih ada manusia tongong yang membelakangkan ibu bapa sendiri?
  7. Saya kehilangan: kepercayaan bahawa manusia akan berubah menjadi positif apabila sudah bersedia untuk berkahwin. Ada yang jadi lebih teruk dan memualkan.
  8. Ramai yang berkata: muka saya makin tembam, badan saya makin berisi. Tapi saya tak heran pun sebab hati saya tetap gembira.
  9. Makna nama saya: pi tanya Ayah saya, dia yang bubuh nama ni. Kalau ikut Mak, nama saya sekarang ni patutnya Nurul Hidayah.
  10. Cinta (sejati) itu adalah: patutnya kat Tuhan je, cinta sesama manusia ni kadang-kadang jadi terlalu menyakitkan.
  11. Di suatu tempat, seseorang sedang: melakukan cubaan balik keje awal dengan meminta kawan beliau tolong punch card.
  12. Saya akan cuba: menahan sakit dan melawan sakit pinggang ini dengan segera sebelum situasi menjadi lebih parah.
  13. Ayat SELAMANYA membawa maksud: FOREVER. Tengkiyu.
  14. Telefon bimbit saya: dapat secara percuma setelah melanggan talian 3 selama setahun semasa di adelaide.
  15. Bila saya terjaga dari tidur: check orang kat sebelah saya tu dah bangun ke belum nak pi keja.
  16. Saya paling meluat apabila: ada orang jenis tikam belakang, depan mulut bukan main manis, belakang? Sendiri mau ingat la..
  17. Pesta/Parti adalah: aktiviti bergembira kerana banyak dapat goodies (merujuk pada parti tupperware yang saya hadiri bersama mak masa kecik-kecik dulu)
  18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah: seorang kucing bernama cat. Eh adakah beliau adalah haiwan? Tidak!!!
  19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah: semasa belum akil baligh, buat jahat camne pun tak tanggung dosa sendiri lagi.
  20. Hari ini: saya pi beli mekdi mcvalue lunch lalu makan dengan gembira.
  21. Malam ini saya akan: menonton tv atau muvi ketika si kucing pergi bergembira berperang di CC bersama kawan seangkatannya.
  22. Esok pula saya akan: paksa si kucing pi pasar malam jalan TAR lepas dia abes keje.
  23. Saya betul-betul inginkan: sakit pinggang saya ini tidak jadi bertambah serius. Seksa nak tido di malam hari.
  24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini: tertanya-tanya sendiri, apsal mata macam bengkak je ni?
  25. Pusat membeli-belah atau arked permainan: Dua-dua tamau, nak duduk rumah je elakkan jangkitan selsema babi.
  26. Makanan Barat atau Jepun: Sekarang semua pun saya tamau. Selera makan dah haywired lepas demam teruk hari tu.
  27. Bilik yang terang atau gelap: kalau nak tidur kena gelap, rasa macam sakit mata bila lampu terang.
  28. Makanan segera adalah: sepatutnya dijadikan makanan ruji negara ini.
  29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?: Nak pi mekdi satgi, mesti awak dengki kan? (padahal orang tu dapat makan mekdi free, bos dia belanja. cis!)
  30. Saya rindu: nak tengok langit cantik di adelaide. Tak sabar betul mau kembali ke sana!
Seterusnya saya mahu mengetag Cik Wani PinkDrops dan Encik Abu John SSL. Sila ambil tindakan segera!


super duper comel wonder baby, yeeun jr. check out her cutie action at 3:08 - 3:10 and 3:58 - 4:02. yummy amat budak kecik ni! geram!

Wednesday, June 24, 2009

Kadang-kadang bila kita ada terlalu banyak benda yang kita mahu cakap, otak kita jadi terlalu sempit untuk merangka ayat untuk diluahkan. Ini sudah cukup untuk meluahkan apa yang aku rasa, apa yang bermain dalam jiwa.

Running away bukannya cara terbaik untuk selesaikan masalah, tapi dalam keadaan sekarang, aku tak kisah kalau dipanggil coward sekalipun sebab untuk aku terus kekal sihat dan kembali sempurna, aku perlukan suasana yang tenang dan jauh dari masalah.

Walaupun terpaksa berjauhan dari my energy bar, ini yang terbaik untuk semua pihak buat masa ni. Dan aku harap aku dah buat satu keputusan yang betul. Tuhan, bantu ya?

Friday, June 19, 2009

Saya sayang ahli tetap Kumpulan Isteri Kesepian (KIS) dan Kelab Penganggur Terhormat (KPT). Mereka adalah sumber kegembiraan saya yang terlalu mengasyikkan buat masa ni. Saya harap mereka akan kekal menceriakan hidup saya walaupun semuanya akan terpisah dengan tuntutan karier satu hari nanti.

Saya ada kurang lebih 2 minggu untuk melepasi latihan peringkat pertama. Ada dua lagi peringkat latihan yang perlu saya langsaikan sebelum saya ditawarkan satu pekerjaan tetap. Harapnya saya akan terus cekal berusaha dan mampu mengekalkan prestasi cemerlang untuk maju ke peringkat seterusnya.

Terima kasih Tuhan sebab masih tidak jemu beri saya rezeki yang indah-indah. Semoga urusan saya dipermudahkan dan berjalan lancar kelak. Saya cuma perlu kuat dan terus bertahan sampai ke garisan penamat. Harap Tuhan kuatkan hati, jiwa, mental dan fizikal saya.

Thursday, June 18, 2009

Words of the day: Mendabik dada sampai ke langit ketujuh (TyM, 2009)

  1. Masih wujud rupanya manusia yang hidup di alam fantasi, meriwayat kisah indah penuh ceria dan bahagia seolah dunia milik dia. Penat melayan ragam manusia yang tidak pernah memandang rumput di bumi setiap kali merenung bintang di langit. Tapi, manusia ini juga jadi the source of free entertainment. Jelik tapi nyata menghiburkan.
  2. Kadangkala kita rasakan sudah cukup dengan segala nikmat kurnia Tuhan, dan puas panjatkan rasa syukur atas segala pemberian-Nya. Anehnya, ada juga manusia yang di luar sana bersusah-payah fikirkan kehidupan kita, mempersoalkan itu ini, begitu begini. Kenapa tidak digosok saja kain sendiri yang berkedut, daripada sibuk menampal koyak di kain orang lain?
  3. Manusia yang dianugerahkan akal bijak, punya pendidikan tinggi, tidak semestinya bijak berfikir dan bertindak. Kebijaksanaan juga mampu menonjolkan kebodohan yang tak pernah disedari. Apa yang lebih menyedihkan, segala tindak-tanduk dianggap betul belaka kerana dia lebih cemerlang dari sudut akademik. Bolehkah ilmu hidup dan hukum alam dipelajari di universiti? Kesian, tapi lebih baik diabaikan untuk elak pergaduhan.
  4. Bersyukur bila kita didedahkan pada realiti hidup dan belajar menerima hakikat, qada' dan qadar. Sedih bila melihat orang lain masih lagi di alam khayalan, tidak dapat berpijak di bumi nyata bila terbuai dek angan yang bakal memusnahkan. Doa saja supaya segera dia diberi kesedaran sebelum terlalu lambat untuk berpatah balik ke garisan mula.
  5. Menghapuskan segala tanggapan negatif dan berfikiran baik nyata membuat hati tenang, hilang segala kekusutan yang bersarang. Memaafkan walau payah untuk melupakan, telah memberi kesan keceriaan berpanjangan. Harapnya terus dikekalkan sebegini di masa akan datang agar terlerai segala dendam tersimpan.
  6. Perkara terbaik yang perlu dilakukan dalam keadaan sekarang adalah berhenti mengambil peduli, memberi cadangan dan membuat keputusan untuk orang lain. Niat baik memang selalu disalahertikan, jadi untuk apa membodohkan diri membantu pada yang tidak pernah harapkan pertolongan?
  7. Berdiam diri dan jadi pemerhati terhadap lakonan pentas dunia memang aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Manusia yang tidak pernah sedar diri mahupun yang berusaha gigih untuk jadi pujaan ramai, adalah sumber hiburan terkini yang seharusnya diberi penghargaan atas segala yang dilakukan.
  8. Selalunya apa yang kita suka menjadi kebencian orang lain. Bukan semua orang berfikiran sama dan kita sama sekali dilarang memaksa akal fikiran kita diterima sewenangnya. Jika si luncai tetap mahu terjun dengan labu-labunya, biarkan saja dia terus tenggelam. Hidup ini tetap sama, tetap indah, tetap gundah.

Tuesday, June 16, 2009

Another meet up session with the girls, but with a new face joining in, and some familiar faces who were not able to turn up. A little bit awkward talking to some people who totally change from the first day we met each other, but that is plain normal, isn't it? It keeps me thinking and wondering, how can people changed easily, and make things worst instead of better?

Sometimes when you put higher expectation on the one who used to be your best buddy, you left her with the hope that she would remain unchanged until the day you came back, but it hurt so much when you found out that she had turned into somebody you don't even know. A stranger. The one who used to cry with you, to share all your laughter, had somehow became an alien from up above.

I have to stop hoping and wishing that everything would still remain the same, as it would only hurt me even more when things didn't turn out to be as expected. That's life, and I have to learn to deal with it. Anyhow, I still miss the 'old' her, the one who used to be pretty close to my heart. It is time for me to finally letting go, and that would surely be the best things for her from now onwards. I hope she would finally find her own way, and would be happy with her new life. Even if I already lost her, I know she would be just fine, and I am happy for that.

I really am.

Monday, June 15, 2009

Screwing things up by being over confident in a job interview, doesn't help at all. Despite of admitting the mistakes, trying to cover things up when it was pretty obvious that I had messed up everything, would only do more harm than good. I don't have to wait for any good news, and I don't have any luck left, to secure me the job.

Lesson learned. Stop being over confident in the next job interview, and hopefully I'll be all fine. Once bitten, twice shy. Twice bitten, never cry. Thrice bitten? I better die!!

Huhu~ T___T

Sunday, June 14, 2009

Having fun with the girls til the wee hours for two nights in a row was totally awesome! Now I know who should be called friends, and who are the real foes. Can't wait for our next project, and hopefully everything goes smoothly as planned. Happiness is everywhere, and hope it will stay.

Wednesday, June 10, 2009

Bila diberi peluang 4 hari menatap muka orang tersayang, tiba-tiba bangun pagi tadi dah takde orang kat sebelah, rasa sedih tahap naga. Haih. Kalau semua benda jadi mudah, kan bagus. Tapi pengorbanan tu yang paling utama. Dalam keadaan sekarang ni, kena buang jauh-jauh rasa pentingkan diri. Apapun jadi, hidup mesti terus!

Tuesday, June 09, 2009

I wish I have the courage to share it with the world, but too bad that I haven't.
I wish I would stop whining and be thankful for what I already have, I know that I'm still trying.
I wish I could see things in every positive way, so that I will stop thinking bad about others.

So many times to write, so many things to share, but why all of a sudden, my mouth was tightly shut?
I need my own space, I need my own sweet time.
So I could sit back and relax, and deeply think before I decide.
Dear God, help me please!

Wednesday, June 03, 2009


Cik Wani dengan rela hati telah memberikan award di atas kepada saya beberapa kurun yang lalu. Baru kini berkesempatan menunaikan apa yang perlu. Teruskan membaca!


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini : Cik Wani PinkDrops
  1. Beliau adalah seorang pembaca tegar blog saya dan suka memberi komen melalui YM di setiap tulisan dan repekan saya yang telah dibaca di blog.
  2. Beliau adalah seorang penggigih menegur saya di YM setiap kali nampak saya muncul walaupun takde topik nak borak.
  3. Beliau adalah seorang penyumbang produk Famous Amos dalam salah satu dulang hantaran ketika majlis pernikahan saya.
  4. Beliau adalah seorang pemberi maklumat tegar mengenai gossip-gossip di kalangan blogger yang sedang hangat diperkatakan.
  5. Beliau adalah seorang tunang kepada kekasih hati yang mempunyai tarikh lahir dan tahun kelahiran sama, malah telah berjaya bertahan selama 9 tahun setakat ini. Big congrats kepada beliau.

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:
  1. Tidak suka makanan pedas dan tidak faham kenapa ada manusia yang sanggup menyeksa perut dan mulut malah dengan lazatnya menikmati makanan pedas setiap waktu.
  2. Suka membaca blog manusia yang tidak dikenali, tak kisah apa jua jenis cerita yang dipaparkan. Boleh menghabiskan masa berjam-jam membaca blog saban hari.
  3. Tak suka memakai kasut tumit tinggi, dan kerana itu hantaran perkahwinan saya adalah sepasang kasut adidas yang selesa dipakai ke mana saja.
  4. A morning person jika di Malaysia, kerana selalu kena teman Mak ke sini sana seawal pagi.Tapi sangat suka bangun lambat di Aussie sebab takde kena teman sesape pun setiap pagi.
  5. Suka memakai jeans yang sama sehingga lusuh dan koyak walaupun memiliki koleksi jeans yang agak banyak.
  6. Tidak suka membeli belah di malaysia kerana semua barang berjenama adalah supermahal dan saya adalah tidak mampu. Sehelai jeans levi's di malaysia berharga sama dengan sekurang-kurangnya empat helai jeans levi's yang sama bentuk dan gaya di aussie(pernah membeli sehelai jeans levi's semurah AUD5, approx RM15 di aussie).
  7. Suka mengambil pesanan barang dari kawan-kawan di Malaysia malah dengan rela hati tak mark up walaupun satu sen, tapi ada juga barang tidak dituntut dan mengakibatkan kerugian kerana mendahulukan duit sendiri T__T
  8. Suka mengambil bau pakaian yang baru diangkat dari ampaian, sangat indah dan sukar digambarkan.
  9. Tidak suka memakai seluar/kain yang labuh mencecah lantai, kalau boleh biar setakat buku lali je, senang nak solat di mana-mana nanti.
  10. Sedang mengalami sakit pinggang yang amat kronik, tidak bebas untuk berjalan, duduk, baring, mahupun merangkak dengan sempurna. Namun bersyukur dengan anugerah Tuhan kerana sekurang-kurangnya mendapat pendedahan awal terhadap kehidupan di hari tua nanti.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

Sesiapa yang sudi. Malas nak bagi arahan selanjutnya.

Tuesday, June 02, 2009

Hari tu aku dengar keadaan kau dah kritikal, kiranya tunggu masa je nak mati. Lepas tu kau menghilangkan diri, bukan setakat sms, call pun tak berjawab. Majlis aku pun kau tak datang, aku mintak alamat nak kirim kad pun kau tak bagi, jadi aku undang melalui sms dan email je la. Lama jugak kau hilang, sampai aku ke Adelaide, dah siap balik Malaysia semula, kau terus diam menyepi.

Tapi kan, ada jugak aku tanya kawan-kawan, kau elok je sihat sempurna, siap boleh main futsal dengan riang gembira. Kau contact kawan-kawan relaks je, macam takde pape pun jadi. Aneh. Aku punya la dok bayangkan seksanya hidup kau sekarang ni kena jawab soalan malaikat dalam kubur. Rupanya kau hidup lagi. Haih. Sia-sia je aku dok baca Yassin sedekah kat kau, bagi ringan sikit beban seksaan dalam kubur tu, padahal kau hidup je lagi.

Pelik kenapa kau nak jauhkan diri dari aku, aku rasa kau yang termalu sendiri sebab kau sangat yakin aku nak kahwin dengan kau. Siap cakap aku janji nak kahwin dengan kau. Tak tahan betul. Bila aku janji? Ada bukti ke? Masa zaman kegelapan aku dulu, kau selalu pujuk aku, kata kau kalau takde sape nak kat aku dah, kau ada je, sampai umur 30 kalau aku masih single, kau nak ajak aku kahwin. Aku takde pulak cakap setuju dengan cadangan kau, sebab aku rasa macam sumbang mahram je nak kahwin dengan seseorang yang aku dah anggap macam abang sendiri.

Meh aku nak bagitahu kau something. Aku rasa kau ada masalah mental kot. Ada satu hari di bulan Disember tahun lepas, kononnya kau telefon aku nearly sejam, I was asleep, dan kononnya aku meluahkan perasaan rindu cinta kasih sayang kat kau, siapa sebenarnya yang bertakhta di hati aku and all those bullshits. The truth is, I wasn’t sleeping at that time, and the call was only for 47 seconds! I have all the records, man! Surprisingly, kau boleh tipu aku bulat-bulat. It was 3.30 in the morning, dan aku jujurnya malas nak layan kau borak, sebab tu aku pretend as if aku dah tidur! Tak sangka kau ambil kesempatan membuat cerekarama pulak. Pathetic amat, sey. Aku masih simpan record yang aku buat panggilan to someone, a minute after you call.

47 seconds and nearly one hour? Kau memang ada masalah.

Monday, June 01, 2009

Sebenarnya tak faham dengan seorang makhluk Tuhan yang layak dipanggil Nenek ni. Kalau nak ikutkan, dari zaman muda belia sampai ke hujung sisa usia, dia tak pernah berhenti mengambil tahu hal orang lain, dan menjaja cerita di sini sana. Setiap waktu bersolat jemaah di surau, tak pernah ketinggalan satu waktu pun, dah siap ada gelaran Hajah, tapi mulut masih tak berubah.

Lagi pelik sebab anak-anak lelaki dia keluar masuk penjara, jenuh kena ikat jamin, yang perempuan pulak macam-macam isu timbul melibatkan kekasih orang lain, tunang orang lain, suami orang lain. Semua orang pun tahu anak-anak dia kucar-kacir, banyak timbulkan masalah. Dia je yang muka tembok ada anak berperangai macam tu, dan masih terus sibuk ambil tahu hal anak orang lain.

Agaknya bila dia nak sedar ye? Kesian betul tengok dia, takde unsur kesedaran dan keinsafan langsung. Penat aje dok dengar ustaz bagi ceramah kat surau, mulut dia masih tetap berpuaka. Terbaru ni pulak kecoh anak bongsu dia dah tukar kerja, kali ni jadi peragut bermotosikal sepenuh masa. Siap bangga dengan kawan-kawan tunjuk hasil tangkapan di jalanan.

Kalaulah masa tengah meragut tu, anak dia kena hentam dengan kereta ke, lori ke, trailer ke, pastu mati kat tempat kejadian, otak berkecai atas jalan, agaknya apa perasaan dia ye? Dia nak insaf tak? Apa agaknya yang akan buat mulut dia berhenti bercakap pasal anak orang lain ye? Satu je aku mintak, jauhkan dari orang macam ni, jangan melekat perangai hina macam ni kat keturunan aku. Harap Tuhan sentiasa lindungi keturunan aku dari anasir jahat camni. Haih.